Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembangan islam.
Perjalanan hidup seseorang wanita perlulah berlandaskan syariat islam dari segala aspek disamping menjaga peribadi serta akhlak muslimah itu sendiri.
Tepatlah jika dikatakan muslimah itu adalah anak, ibu serta isteri dalam konteks kekeluargaan.
“Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.
Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik.
Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup.
Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyAllah.
“Inspiring Muslimah, Empowering Ummah”
Senarai Speaker Konvensyen Bidadari :
1. Puan Wardina Safiyyah2. Ummi Rose
3. Ustazah Fatimah Syarha
4. Prof Dr Muhaya
5. Dr Harlina Siraj
6. Puan Jamilah Samian
7. Puan Azzah Abd Rahman
8. Dr. Rubiah Kulop Hamzah
9. Ustazah Nadzirah Muhammad
10. Cik Mayanni M.
11. Puan Munna Izzah Dato’ Fadzil
12. Ustazah Nurhafizah Musa
13. Puan Zaliza
Insyaallah, minggu depan aku akan join konvensyen ni. Korang rasa best tak? Berjalan selama 2 hari di PICC. Pagi sampai la ke malam. Kalau sape yang ada anak kecil tak tau nak letak mana, pihak penganjur ada sediakan nursery juga. Mudah kan?
Aku amat tertarik dengan senarai nama penceramah. Hebat-hebat belaka. Dan ilmu yang akan disampaikan tu lebih berharga daripada duit yang aku keluarkan untuk membeli tiket. Tengok tajuk ceramah pun dah best. Yang lagi best sebab si imah dan si lia BFFKU join sekali :)
Pasni aku share ngan korang lak ilmu apa yang aku dapat ye. Semoga kita semua menjadi wanita solehah dunia dan akhirat, amin.
0 comments:
Post a Comment