Alkisah si aloy nak sangat makan nasi arab ni. Dari mengandung azza lagi. Sekarang azza dah 10 bulan. Nasib baik ailio azza tak meleleh... Kalau aloy turun KL asik tak sempat je nak ke Cyberjaya. Ada je hal. Tak aloy, aku.. Kesian aloy tunda punya tunda sampai raya tahun 2013. Alhamdulillah, ada rezeki ko loy, yang best La pun join sekali sebab La dah pindah dok area sini je. Memang best la. Yang lagi best, aku takde pun amik gambar makanan. Gambar kami-kami je banyak. Kang aku amik gambar makanan korang kata psyco lak :(
Sebelum ni kan kalau amik gambar atau aku update status ada kat Saba' ke, Sana'a ke atau kat Hammurabi, aloy mesti macam tingin sangat nak p makan. Sian dia. Skang dah dapat. Pasni aku leh sesuka hati nak update insta or fb. Jangan marah loy???? Lagipun setakat nasi arab tu, aloy pejam mata je masak! Kan loy????
alloy dan azalea, tomei-tomei budak kecik tu. jumpa next time mesti dah bleh jalan kan...
geng bapak-bapak. geng ni kalau dah sembang memang payah berhenti.
korang jangan Tanya nama roti tu? aku pun tak tau. Tapi memang sedap. Kami order satu tu je sebab besar. Hanya untuk budak-budak. Tapi tengoklah siap berebut-rebut, memang best!
Sana sini ada roti :) Sedap tau. Aku dan La bersama adik-adik kami, eh silap! Anak-anak kami :(
Menantu hantu! Bleh loy? Kami saje gurau-gurau yang Marsya ni GF si Amsyar...
Mak-mak mestilah kembar ngan anak-anak. Termasuk anak buah aku sorang dalam tu...
Mamat kat Sana'a ni pun aku amik gambar gak! Order bukan banyak mana pun tapi silap jugak. Bukan main ko amik order td pakai alat canggih. Sampai-sampai ada salah gak memang nak kena kan....
Kalau korang Tanya antara ketiga-tiga kedai arab ni, aku rasa semua ada kesedapan tersendiri. Semua ada keistimewaan. Harga makanan pulak, lebuh kurang je. Nak havoc dan ramai orang tentulah Saba'. Nak selesa dan bawa anak kecil leh dating Sana'a. Nak style open je, memang tak sesak langsung leh cuba Hammurabi. Semua area Domain, Cyberjaya ye kawan-kawan.
Kalau nak pergi tapi tak tahu leh ajak aku dan belanja skali ye :)
Kena selalu gi PJ nie.. manalah tahu nasib2.. ada orang nak blanja restoren Arab.. :D
ReplyDeletealong blanje pja ek... hihi
ReplyDelete