Monday, August 26, 2013

Pizza Hut Hot Box


Korang pernah tak rasa nak demam tiba-tiba?

Petang khamis waktu aku balik keje tu memang aku tiba-tiba rasa nak demam. Tekak sakit sangat mcm bengkak. Badan kat dalam hangat tapi kat luar menggigil. Nak buat kerja memang tak terdaya. Hanya terbayangkan katil dan selimut. Sampai umah setelkan hal anak-anak sedikit, aku rehat.

 

Malam tu Pizza Hut je makan malam untuk wan. Eh Hebat kan, bini demam dapat makan best! Kalau tak demam, entah-entah makan telur goreng je J

 

Itupun terkebetulan sebenarnya tengok iklan Pizza Hut, mula la aku nak cuba kalau tengok set baru yang macam menarik dan harga berbaloi-baloi. Yang penting delivery ye…




 
 
 
 
Dengan hanya RM39.90 hanya dapat nikmati semua macam diatas :) Eh dah macam jurucakap berbayar Pizza Hut pulak. Tak la, aku tak dapat apapun. Saje kongsi ngan korang.
 
 
Pizza tu leh pilih antara 8 jenis pizza daripada family favourites. Pasta lak leh pilih salah satu daripada dua jenis yang ada tu. Creamy Carbonara dan Chicken Meatball Bolognaise. Dan yang lagi 3 side dishes tu memang tak boleh pilih yang lain.
 
 
Nak dijadikan cerita hari tu, delivery lambat gile. Huh dah la lapar kan, hujan renyai-renyai. Wan call Pizza Hut balik Tanya, itu ini itu ini lastnya dapatlah voucher free pizza for next time order. Boleh la kan dari tak ada :)
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template