Thursday, August 22, 2013

Kawan-kawan baik a.k.a B.F.F

Korang pun mesti ada kan?
 
Aku ada kawan-kawan baik. Ada 6 semuanya tak termasuk diri sendiri la. Baik amat! Nak tau mcm mana kami jadi kawan baik? Yang best nak syer kami amat baik tp duduk di lain-lain negeri. Haaa ko hado??? Selalu kawan baik kita ni orang keliling-keliling kita la kan, ni yang biasa aku tengok. Kat opis, p makan sama, p mana-mana pun sama. Tu terjadi gak kat aku zaman muda-muda dulu. Skang tak kose mak. Sorang pun jalan je. Allah ada :)
 
 
Kawan baik aku ni mula kenal dan bermesra di KUSZA, Terengganu. Banyaknya kenangan kat sini tak bleh diungkap. Ewahhh! Sungguh wey, tak sungguh tak taip sini la. Sampailah kami berpisah dengan haluan masing-masing. Senyap sekejap. Tau cerita pun dari jauh je. Ada yang sambung belajar, ada yang kahwin awal dan ada yang dok negeri orang putih. Kelasss kan kawan-kawan aku??? Memang kelas sebab kawan-kawan aku semua keje bagus, Alhamdulillah aku tak silap memilih kawan.
 
 
Kitaorang menjadi semakin sakan dan akrab bila adanya teknologi canggih macam wasap dan fb. Aku ada geng wasap. Geng fb. Jadi hari-hari kami akan berhubung. Walaupun masing-masing jauh dan sibuk ngan tugasan harian, tapi kami tetap berhubung. Best tau. Segala hal, masalah leh syer sama-sama, cari jalan penyelesaian. Takde la kelibut nak piker sorang. Sampaikan nak beli baju tudung semua kami kongsi.
 
 
Ni belum lagi bab sihir nak beli barang-barang yang best. Sorang dapat info habis syer ngan semua. Kadang jadi bankrap gak la tetiap bulan, Ada je terbeli ko!!! Jadi best lagi bila syer bab anak-anak. Anak demam ke, anak cirit birit ke, anak selsema ke, semua membantu bagi petua itu ini. Bab duit pun layan. Slalu bantu membantu dengan bantuan M2U. Tengok semua guna teknologi kan???
 
 
Tu aku kata tadi, walaupun kami duduk jauh-jauh tapi macam dekat je. Kadang laki memasing jeles, henpon tak lepas kat tangan. Ada je nak update!
 
 
Meh aku kenalkan sorang2 :)
 
Selatan :
Kami ada aloy, nama mesra kitaorang la. Ibu kepada amsyar dan azza. Kepakaran dalam bidang memasak dan mengemas rumah. Sangat rajin mengalahkan kami semua. Apa-apa nak masak ke tanya resepi ke selalu refer ngan aloy. Husband aloy pun dh paham sgt ngan kitaorang semua. Best la Bigbots ni....
 
 

 
 
Ada mama tie jugak. Tie vogue ok. Macam anak dara lagi walaupun beranak 2. Anak dia dah besar-besar semua. Dua-dua lelaki. Tie plak kepakaran dia aku rasa lebih pada suri rumah tangga. Sebab dia je yang tak bekerja antara kami. Korang tengok sendiri, muda remaja kan????
 
 

 
 
Next, La Senorita sebab memang cantik tau. Sesuai La ko guna nama ni. Aku skang dah dekat ngan La. Sebab dia dah pindah dari Ampang Ke Puchong. Skang kami lagi kerap berjumpa. Terpaksa redha je la Abah D si suami Ibu La. Dan Ayah Wan si suami aku. Hahaha... Anak aku ngan anak dia pun menjadi kalau jumpa. Lama tak jumpa asik disebut-sebut je. Kepakaran La dah tentu dalam bidang kecantikan. Sebab dia kan cantik! La, sila belanja aku okey :)
 
 
 
 
 
 
Utara :
Kat Ipoh aku ada Imah a.k.a Ibu Imah. Ibu kepada budak bam-bam rayyan. Ibu bekerja sendiri. Bisnes minded ok minah ni. Ada kedai sendiri. Kepakaran imah aku rasa dalam dunia perniagaan la. Dia ni la selalu hasut kami-kami suh beli itu ini. Hasutan dia kuat sebab dia ada kedai online gak. Korang free leh p kedai dia kat fb. Try search fb dia Puan Imah Salmi. Nanti korang jumpa la link kedai dia.
 
 


 
 
Si gojes mamaLyah. Ni kepakaran dia dalam bidang fesyen, Memang pakar wey, jadi tempat kami buat rujukan gak ni. Sesuai ke tak, kena ke tak. Nak buat fesyen apa. Semua dia terror. Baru ada sorang anak lelaki, Dhani. Mungkin akan dating ada baby girl plak. Aku doakan ko lyah.. Amin. Lyah tinggal kat Kulim, Raya ni Alhamdulillah aku sempat p rumah lyah. Korang tengok sendiri baju dia. Gojes kan???
 
 

 
 
Last skali tentulah wanita hebat ini. Kaunselor ok. Bertauliah! So korang tau la apa kepakaran dia. Tempat rujuk kami gak. UmiLia, ada syarikat sendiri. Suami isteri bisnes minded. Memang salute kat diorang. Sangat Berjaya! Ada sepasang cahaya mata. Iffa dan Qayyis yang cerdik. Dah besar-besar jugak. UmiLia dok kat Alor Setar. Ha, tenung lama skit, Nampak tak nama company dorang. UWAIS ok :)
 


 
 
Untuk korang semua :
Aku sayang korang, macam biasalah anak-anak korang anak aku jugak. Laki korang? Kawan baik laki aku gak :) Aku doakan korang Berjaya dunia akhirat. Semoga persahabatan kita berkekalan.
 
 
Untuk yang membaca :
Pasni kalau aku banyak kali ulang nama-nama dorang ni, jangan marah ye. Korang dah tau kenapa kan. Kawan-kawan baik aku ni separuh dari hidup aku seharian :)
 
 
 
 
 




0 comments:

Post a Comment

 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template