Alhamdulillah,
apa yang dirancang menjadi. Jumaat malam tu aku dapat berkumpul ngan La, Tie
dan Aloy. Korang dah tau kan sape dorang ni?
Aloy plan turun
KL dr JB jumaat tu, apalagi kitaorang yang kat sini sangat teruja. Dah lama tak
jumpa. Aku jumpa Aloy time dalam pantang tau. Rindu amat! Aloy dah la payah nak
cuti. Memang payah sangat nak jumpa ngan dorang laki bini ni.
Bila dia konpem
nak turun, aku plan la ajak La dan Tie berkumpul kat umah aku, kebetulan dorang
berdua tu pun belum beraya kat umah aku lagi. Pasti gamat kan, walaupun baru 3
keluarga dari 7 keluarga sepatutnya.
Beria aku masak
tau. Padahal tak berapa sihat tapi terbayang muka dorang semua rasa sangat tak sabar. Nak berkumpul ramai-ramai ngan anak-anak
sekali.
Menu aku simple
je malam tu. Antaranya Rendang, Lemang, Masak Lodeh, Sambal Tumis udang. Adalah
aku sediakan sikit pemanis mulut untuk anak-anak.
Malam tu, Tie
dan La yang sampai dulu, Aloy sampai dalam pukul 11 malam. Tak rasa pun
kelewatan tu sebab umah aku meriah macam siang, bising ngan suara anak-anak.
Tak ketinggalan kaum bapa.
Masa aloy sampai
lagi meriah, kami menjerit sekuat hati, berpelukan, Ngan anak-anak join sekali.
Wah meriahnya… Borak dan borak tak jemu, ada aje isu, cerita. Gelak
terbahak-bahak. Kaum bapa ada acara mereka sendiri. Diam tak diam, pukul
2.30pagi baru kami berpisah tau.
Itupun puas
memanggil kaum bapa yang tak abis topic lagi, mak-mak ni sebab ada antara
anak-anak yang nak ke sekolah esoknya, ada yang mula merengek, terpaksa la off
topic segera, kalau diikutkan hati mau sampai ke pagi kami bergosssip…. J
Jom kita layan
gambar yang tak seberapa ini :
ala-ala candy buffet gitu tapi tak boleh banyak-banyak, sakit gigi nanti...
kuih raya ada je lagi dan candy buffet untuk tetamu...
lemang pun beli je. gile ko nak bakar dok umah kerajaan ni. xpasal-pasal aku kena halau keluar dr umah kang :(
nasi impit. ala rebus je...
masak lodeh. tak ada nama lain kot, nama ni je yang aku tau. nama lodeh tapi sedappppp
rendang ayam kampong a.k.a pencen kot!
ibu-ibu yang gojes dan terselit anak yang bucuk masyam tu, buat perangai je nak merajuk. nasib mak ko cool semalam nak :)
gini la gambar kalau mengharap anak yang amik. takpe la janji ada rupa skit. okeyyyy la...
anak-anak kecil sebaya semua ni. dulu-dulu mak korang mengandung skali, sebelum tu mak korang p makan dan lepak-lepak kat kedai yang sama. Kedai nasi lemak antarabangsa Kg.Baru. Ada ayahDino korang panggil korang Baby Nasi Lemak. Aduyyyy
1 dara 2 teruna.. Dah besar jangan berubat ye anak-anak. Kawan baik-baik macam mak-mak ni ha...
Korang perasan tak? Minah dalam TV tu pun masuk sama. Hahaha bantai la. Ni pun hasil dari anak-anak gak yang tolong amik gambar mak-mak gojes :)
Wey, apesal aku ada gambar ni plak. Nampak no amik gambar kat tepon je. Mak tak kose nak guna kamera-kamera, mak malas. Amik henpon snap je pastu share. Ha ni la hasilnya. Layannnnnnn....
0 comments:
Post a Comment